Tuesday, January 11, 2011

Wednesday, October 20, 2010

Politik di Malaysia

LEwat kebelakangan ni, kite lihat politik di Malaysia kian rancak atas kerana ura2 mengatakan bahawa PRU ke 13 akan dilangsungkan tahun 2011, yakni tahun depan. Rancaknya UMNO, sebegitulah lawan-lawan yang terdekat, KEADILAN dan PAS...
Banyak isu yang dibentangkan. Banyak pihak bertukar angin, ramai jugalah yang tuduh menuduh, mencari kelamahan masing-masing. Jika kita lihat dari segi persaingan sihat, ini sedikit sebanyak akan memberi peluang pihak masing-masing melihat, menilai dan juga mengetahui kelemahan masing-masing. Iyalah, satu pihak sudah lebih 50 tahun memerintah, bak kata orang dah terlalu selesa di atas, hitam dikatanya putih, merah dikatanya kelabu. Di pihak satu lagi, ketidaksabaran berdasarkan penilaian baru-baru melihatkan banyak pihak menyokong mereka, berdasarkan PRU yang lepas.
Saya? Saya hanyalah seorang belia berusia 23 tahun yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian. Tahun akhir, berkelayakan untuk mengundi dan berkemungkinan akan mengundi sekiranya PRU 13 diadakan tahun hadapan. Ketanggungjawaban tidak diketepikan, yang mana bangsa muda masa kini perlu ada tenggungjawab dalam diri untuk menentukan masa depan negara. Pada saya, mana-mana pihak yang memerintah, asalkan kita tidak berpecah, kelangsungan kaum dipelihara, ekonomi untuk semua, hak sama rata sudah mencukupi disamping kepentingan golongan intelek tidak di anaktirikan.
Lagi sekali, saya siapa? Anak melayu yang dilahirkan di Selangor 1987. Dari kecil hingga kini saya melihat dunia. Mungkin kebanyakan mengatakan saya baru setahun jagung. Tetapi zaman kini, jagung muda lagi sedap dari jagung tua. Tidaklah memihak kepada mana-mana pihak, cuma kecewa dihati melihat manusia sentiasa bersifat tidak suka pada mana-mana manusia melainkan manusia itu menuruti kehendaknya. Sehingga lah sanggup mencium tangan, memuja, menjulang dan malahan menjunjung seseorang kerana kata-kata yang mempengaruhi. Saya dahulu sebegitu, memuja orang hanya kerana kata-kata. Itu dahulu, tidak lagi kini.
Benar kata-kata Barisan Pembangkang, golongan muda masakini lebih matang, tak mudah dimakan dek pujuk. Tapi kami juga golongan yang pandai melihat kepentingan kaum, ekonomi dan juga negara. Siapa sanggup melihat negara sendiri digadaikan kepada orang luar? Siapa yang mahu melihat negara, agama dan bangsa dihina? Sukakah kita melihat bendera Jalur Gemilang dibakar? Dihenyak-henyak oleh mereka yang hanya melihat erti kemerdekaan dengan pertumpahan darah?
Kepujian diberi kepada warga Malaysia tidak bertindak bodoh seperti mereka. Walaupun seagama dan serumpuan mereka masih lagi berdengki dengan kita. Tidak kemana mereka, walaupun kemajuan dalam kelapa sawit dan getah yang akan menyaingi kita, kiranya mereka masih lagi bersikap seperti manusia Zaman Paliolitik lagi. Sedih melihat sesama Islam masih lagi kabur dengan wang ringgit dan kekayaan.
Kembali ke Malaysia, saya seboleh-boleh tidak mahu terlibat dalam politik. Apakan daya, mudah bagi orang yang berkata; "biarkan," atau "buat tak tahu, pedulikan." Mungkin pada mereka itu perkara diluar bidang kita. Bolehlah disamakn sikap itu apabila kita melihat didepan mata kita orang dilanggar, diragut dan ditikam. Istilah biarkan itu akan menghantui kita, tatkala kita di Akhirat kelak.
Mengapa saya lihatkan yang sentiasa beradu tenaga adalah dikalangan Melayu? Dimanakah MIC, MCA, GERAKAN, DAP, PPP dan pari-parti lain bukan bumiputera atau yang diketuai orang Melayu? Mengapakah mereka diam?
Inilah apa yang kita katakan diam-diam ubi berisi. Mereka hanya bersuara bila perlu. Saya memuji sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dimana beliau berjaya mendiamkan diri walhal banyak isu dikatakan dan memburukkan beliau. Mungkin pada beliau tidak perlulah melayan hanya beberapa ratus orang Melayu yang menuntut hak mereka sedangkan beribu-ribu lagi kaum Melayu disana tidak berkata apa-apa. Begitu juga walhal Perdana Menteri ke 6 kita apabila ditujukan soal hak Melayu oleh ketua-ketua pembangkang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain.
Saya tidaklah begitu celik politik, sedikit sebanyak pun saya peroleh melalui pemantauan.
Kecewa melihat hanya Melayu yang banyak bergaduh, mencaci sesama kita dan mengkafirkan sesama kita. Saya hanya memberi pendapat sebagai pemantau. Tiada pengalaman apa-apa dalam politik Malaysia tetapi rayu saya, hentikanlah persengketaan antara Melayu? Perlukah kita meniru negara lain, bergaduh sesama sendiri semata-mata gila kuasa nakkan takhta Perdana Menteri? Pentingkah itu sehingga rakyat diporakperandakan keamanan?
Begitu pentingkah parti masing-masing sehingga sanggup menggadai, memalukan agama Islam? Pada saya, baiklah kita dibawah pimpinan diktator dari melihat kepimpinan Melayu yang sering tikam menikam sesama sendiri. Sedih melihat, 50 tahun merdeka tetapi Melayu tidak kemana. Dimana silapnya?

Sunday, March 28, 2010

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut
atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum
manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia
kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya
mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah .... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - " Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku" . Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, " Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi. ..Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak ...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan...

Thursday, March 25, 2010

My Bachelor Class!!!

Ola my reader..
macam xde je reader blog aku nih..
huhuhuhu
xpela, layan diri jek...

Monday, March 22, 2010

My life

hari ni aku balik ke kampus life. xde pembaharuan. xde rase nak upgrade diri. aku terpikir, bile aku bole jadi sebaris dengan rakan-rakan yang cemerlang? aku rase dengan dak2 kelas aku sekarang nh pn macam makin renggang. x tau nape. aku wat salah ke? kenapa xde macam mase aku mule2 masuk. is it aku da x layak nak ade kawan? betul orang cakap, mulut kene jage mase kat tanah haram. kalau tak akan menyesal x habis.
aku teringat mase diploma. sekarang dengan diploma lain. aku cube ubah diri. ikut kekawan sekarang. masih macam dulu. member yang aku rase boleh jadi teman rapat pn makin mengurang. x semua orang macam aku. amin. aku bersyukur aku masih ada keluarga walaupun kami sedang dilanda badai.... subhanallah.

Sunday, March 14, 2010

Terowong: Thailand tunggu jawapan Kuala Lumpur

KANGAR 14 Mac - Cadangan mewujudkan terowong yang menghubungkan wilayah Satun di Thailand dan Perlis akan dapat direalisasikan jika kerajaan Malaysia bersetuju dengannya, kata Gabenor Wilayah Satun, Sumeth C. Vatnikul.

Beliau berkata, Thailand bersetuju dengan cadangan itu yang dibangkitkan lebih enam bulan lalu dan hanya menunggu lampu hijau daripada Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Kelab Usahawan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) di sini hari ini, katanya, jika cadangan ini dapat direalisasikan, ia merupakan satu-satunya pintu sempadan yang mempunyai terowong yang menghubungkan Thailand dan Malaysia.

Pada Jun lalu, Sumeth dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berbincang mengenai perkara yang sama dan kedua-dua pihak bersetuju memanjangkan perkara itu kepada kabinet negara masing-masing.

Sumeth berkata, jika terowong itu diadakan ia akan menjadi pemangkin baru bagi sektor ekonomi kerana ia juga pasti dapat memikat pelancong.

Terowong itu dianggarkan sepanjang empat kilometer dengan 1.5 kilometer merentasi banjaran Bintang di sebelah Malaysia, manakala 2.5 kilometer lagi di banjaran Sangkakiri di bahagian Thailand.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Usahawan NCER, Dr. Ammar Hassan berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dalam melaksanakan projek yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit itu.

Katanya, projek itu jika dilaksanakan akan mengubah landskap fizikal dan ekonomi kawasan persekitarannya.

Para usahawan dan peniaga terutama di Perlis sudah pasti akan memperoleh manfaat daripada pelaksanaan projek itu, tambah beliau. - BERNAMA

Jualan Bundle

Saya ada beberapa barangan bundle untuk korang2 pompuan nak beli.
Brand? Agak2 yang boleh gak la..
Harga? Base pada barang yang nak dijual..
- 1x handbag
- baju kurung
- jaket (free size)
- kemeja
- t shirt
- blaus
- tudung
- lain-lain

semua dalam keadaan baik lagi.
nak tgk bole, bagitau saye bwk ye.
murah2 je, dari rm2 ke rm30 jek..
kalu nak jual barang ikut saye pun bole... hehehe

bawah nih schedule barang n harga ye.. tapi x sume barang ade.. yg bersamaan dengannye adela...


yang ni ada harga die rm30

rm25

rm2 - rm5